Kita Nak Share Resepi :)

Kita Nak Share Resepi :)

Oct 11, 2013

Kita nak share resepi :)

Nasi Ayam Panggang Madu
(Untuk 4 orang makan)

Untuk Nasi :

1- 3 ulas bawang putih, dititik
2- 2 biji buah pelaga
3- 1 btg kayu manis
4- 1 kuntum bunga lawang
5- 2 kuntum bunga cengkih
6- 1 btg serai/sehelai daun pandan (utk wangikan nasi)
7- Seinci halia, dititik
8- sesenduk butter
9- 1 kiub stok ayam maggi

Rendam beras basmathi 2 pot lbih kurang 20min, toskan.

Panaskan kuali, cairkan butter, tumis bahan2 di atas hingga naik bau..masukkn beras yg direndam tadi gaul perlahan2 sehingga sebati tambah secubit garam.masukkn ke dalam rice cooker, sukat dgn air rebusan ayam ( stok/sup ayam )..masak nasi anda macam biasa.

Untuk ayam :

1- setengah ekor ayam
2- 2 sudu bsr sos tiram
3- 2 sudu bsr kicap pekat- saya guna kicap soya pekat jalen
4- 3 sudu bsr madu
5- 2 sudu bsr serbuk lada hitam
6- 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
7- Beberapa titik minyak bijan

Bersihkan ayam, perap semua bahan di atas.plg cepat 2 jam..nak sedap lg perap semalaman.
Saya gunakan pemanggang avon utk memanggang ayam.
Anda boleh juga gunakan oven.
Bungkus ayam dlm aluminium foil.Pastikan ayam disapu dengan butter sebelum dimasak ya :)
Untuk ayam lebih hitam berkilat, ketika bakar sapukan dgn lebihan kicap perapan tadi.saya masakkn lebihan kicap tadi dengan madu dan masak sampai pekat,barulah disapu ke ayam tadi.
Dgn pemanggang saya hanya masak 20 min.
Dgn oven 40min ya ataupn agak2 masak :)

Untuk sos :
1- 5 biji lada besar
2- sebiji tomato merah
3- seinci halia
4- 4 senduk sup/stok ayam

Blend semua bahan
Masak dan rasa garam gula secukup rasa.

Siapp :)

Stok/sup ayam anda tau buat kannnn..heheeee simple sangat!!

P/s : Resepi Asal dari Mat Gebu..diolah sikit ikut barang yang ada di dapur saya :p

Selamat Mencuba


Follow Us

Our Album